TuliS Ikut SUKA Hati

Nuff!

Puteri Hati Kami Yang Kedua.!!

Assalmualaikum.. apa kabar semua masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapakan salam aidilfitri maaf zahir dan batin..
Entri aku kali pasal kelahiran puteri hati  kedua kami, lama dah tak update maklum la aku sibuk sangat menjaga isteri aku sebelum dia bersalin sehingga la dia bersalin dan berpantang di rumah mak dia..
Puteri kedua aku lahir pada 07/07/2015 sama tarikh lahir dengan mak dia cuma tahun jer berbeza heehee..nk dijadikan cerita pagi 7 hb tu isteri aku cakap dia nk pergi hospital katanya macam dah ada tanda, kalo ikut DUE ny 6 hb, ak releks lagi siap repair kereta aku kejap, dia kata lepas zohor dia nk pergi, betul-betul lepas kami solat zohor kami bertolak pergi hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh(wad Bersalin) checkup jam 2 lebih lepas tu aku kena tunggu kat luar ada la beberapa prosuder sebelum isteri masuk dewan bersalin(periksa jantung,tekanan darah,macam-macam lagi yang aku tak tahu yerla aku kena tunggu kat luar kan..dalam jam 4.05, keluar doctor panggil nama aku, dia ckp isteri dh masuk dewan bersalin jadi dia suruh aku pergi daftar dulu.
Nak dijadikan cerita lagi kaunter daftar kat wad tu baru jer tutup, jadi aku terpaksa la naik keatas agak jauh la jugak dlm 10minit berjalan kaki, abis daftar semua bagai aku datang balik kt wad bersalin tu nak tahu status isteri aku, doc tu call bilik bersalin tue staf dari situ cakap isteri ak dh selesai bersalin dan tengah jahit.



Kelahiran anak kedua aku 
Nur Aflah Dayyina Bt Mohd Fadhlil Rahman


Nie Kak Long Dengan Adik

Korang bayangkan la tak ker terkejutnya ak padahal kejap jer aku pergi naik daftar aku balik dalam jam 4.20ptg semua dh selesai, cuma doc tu bawak aku jumpa anak aku dulu untuk azan n iqamad, nak jumpa maknya tak selesai lagi huhuhuu..
Lepas tu tak lama aku tunggu semua selesai mak & ayah ak sampai.
Aku bersyukur sangat segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan dan keduanya selamat.

No comments: