Menulis Ikut SUKA Hati

Nuff!

Toyota Corolla SEG.!!

Keluarga aku memang keluarga TOYOTA. Sejak dari ayah aku lagi dia dah pakai kereta brand Toyota nie dari KE20,KE70, COROLLA LE/XL/AE80, COROLLA  SE/AE100, sekarang aku pakai TOYOTA SEG/AE111, Ayah aku pulak dah upgrade pakai TOYOTA COROLLA ALTIS, mak ayah mentua aku pulak, aku rekomen pakai TOYOTA AVANZA.
Kira kalo nak kelentong aku pasal toyota yang old school nie insyallah aku boleh hendle la, cuma yang model baru jer kurang sikit sebab tak mampu pakai jadi tak dapat nak menjiwai lg heehee..




Nie Model COROLLA SEG 1.6 / BODY TRIM AE111 YEAR 2000
atau nama lain SEG CRYSTAL LIGHT 
kalau keluaran untuk JEPUN dipanggil AE111 GT 4 Door


Nak cakap pasal kereta nie memang aku cerewet dan teliti sangat, bukan aku tak support barangan tempatan nie tapi kalo dari ayah aku dah pakai brand nie secara semulajadinya aku pun terjebak la, dulu mana ada lg brand PROTON,PRODUA,NAZA ni bagai.  Semua jenama luar kan. Dari segi kualiti aku tak nak cakap la korang sendiri nilai.

Sebenarnya dari segi ketahanan produk bergantung kepada penjagaan korang sendiri, kalo korang sentiasa buat selenggara berkala cara penggunaan produk yang betul  insyallah produk tu akan tahan, dia macam manusia jugak korang tak jaga kesihatan korang sakit tue jer, contoh macam sekarang nie Toyota Avanza mentua aku dah rosak moto dgn switch power window dia kereta baru tahun 2008 sedangkan kereta aku tahun 1995 tak rosak lagi. Satu lagi bagi aku kereta nie jangan banyak tangan pakai, aku memang kedekut sikit la,biasala kalo dah byk tangan nie kite duk jaga tapi bila kat tangan orang kite tak tahu kan. Tapi korang jangan risau kalo aku nk pinjam kereta korang kompem aku jaga rapi punya,tak percaya tanya la wife aku heehee..


kalo nak tanya apa-apa berkenaan kereta korang leh jer tanya, selagi aku boleh tolong aku tolong.. 

KUIH PUKIS.!!

Kuih pukis hehee nama jer dah macam pelik sikit, korang jangan pikir lain pulak, kuih nie pertama kali aku jumpa kat pasar malam Bandar tun razak setiap khamis makcik nie jual sekali dengan apam balik dan kuih dangai.
Mula-mula beli tue rasa macam apam jer, sedap la dan mengenyangkan haahaa, ada banyak versi kuih pukis nie ada yang ada sambal dalam tu, sri kaya la, cokelat macam-macam la variasinya, tpi yang kat pasar malam Bandar tun razak nie dalam dia ada sri kaya.

Harga sebiji RM0.60 kalo 5=RM3 jer, aku kalo sempat singgah petang khamis memang selalu beli la sebab anak-anak aku pun suka. Tak percaya korang cuba la.


Nie la rupa dia


closeup sikit heehe


nie inti dia, seri kaya

Gearbox Toyota Avanza..!!

Ok hari tue aku ada cerita pasl gearbox Toyota avanza kan. Nie aku nak sambung balik, aku kalo melibatkan kos yang tinggi memang aku buat survey,kaji betul-betul takut salah nanti rugi, aku nie bukan la orang senang yang dapat derma heehee..

Aku search kat pakcik google nie baca salahsiah Toyota avanza nie, Avanza nie banyak dekat Indonesia,Thailand,Filipina dan Malaysia. Kalo kat jepun enjin dia sama dengan Daihatsu pakai dekat model Terios, dekat Malaysia pun dia sama dengan produa alza,mayvi,nutica, bezanya Cuma gearbox jer avanza nie tarik tayar belakang(back wheel) yang lain front wheel, kalo produa nutica 4WD lain pulak...

Setelah beberapa hari mencari ada satu kedai nie boleh dapatkan manual transmission yang memang susah nak cari sebab jarang rosak, berbeza dengan AUTO transmission. Jadi kalo susah dapat harga memang pengsan sekejap la. RM2966.00 termsuk GST huhuuu gst lagi. Yang ni aku beli secondhand jer kalo baru aku tanya UMW TOYOTA harga dia RM14,000 memang masuk wad terus kalo tak der jual secondhand, tpi kalo dapat DERMA aku terus tukar jer AVANZA tue kepada VELFIRE,ALPHAD,ESTIMA haahaa berangan kejap.



nie aku search dulu dalam internet


Kaji rupa dia macam mana, bahagian nie jer yang retak jadi boleh bukak dan tukar yang lain, tapi mana nak cari depan nie jer memang kena beli sebiji la.

Allhamdullilah selepas proses pengeposan ke Sarawak kos dalam RM3++, sangat berbaloi cepat hanya 3 hari jer dari IPOH-SARAWAK korang tau aku guna courier apa? Aku guna SURE REACH, sangat puas hati aku memang rekomen kat korang kalo nak hantar barang yang besar/Special handle. Paling penting tak banyak krenah. (www.sure-reach.com/)



Nie la akibatnya kalo serah dekat mekanik yang tak tahu buat kerja, asalnya hanya clucth sahaja yang dah habis sekali dengan gearbox sekali kena tukar sebab MEKANIK tu BANGANG bagi jatuh gearbox retak lepas tu dia welding lepas tu terus gear susah nak masuk..


korang tengok dia welding macam tu jer


sayang gearbox tu, kereta tahun 2008 kut kira gearbox tu baru lagi la sama tarikh lahir dengan keretakan. 

Tapi hasil kajian aku dan tanya pakar berkenaan gearbox nie, yang belakang tue boleh pakai lagi cuma tukar yang bahagian depan yang dia welding tu jer, jadi aku suruh pak mentua aku simpan buat spare kalo apa-apa terjadi kat gearbox yang sekarang nie heehee. Ilmu yang aku dapat lagi dari pakar gearbox nie dia kata Toyota avanza kena pakai minyak gear dari jenis Toyota 75W-90 kira yang asal la sebab dia memang sensatif, dan clutch / pressure clutch pun kena pakai yang original untuk avanza jugak.



Ion Board.!!

Sebut pasal ion bord nie aku nak cerita pasal yang aku punya, dia dah longgar la kat tempat welding dia tu, aku nak beli baru mahal, lagi pun sayang nak buang dah pakai lama tuh, jadi aku ambil keputusan untuk selenggara sendiri heehee, aku bukan kaki dia bawak pergi ker kedai welding ekzos kereta dekat area rumah aku nie aku suruh dia welding sikit dekat tempat yang dah nak tertanggal tue, siap duit jimat dia charge aku rm10 ringgit jer, lepas tue beli cat minyak rm3.50 modal yang aku keluar semua RM13.50 jer senang hati tak payah beli baru. Kalo beli baru agak-agak dalam RM30 ada kut..


Nie bekas dia welding, korang gosok sikit bagi bersih sebelum cat


Nie cat yang aku beli, banyak lebihnya, cat nak elak dia karat


Taraaa dah siap,bukan apa nak bagi dia tahan lama, kalo tak cat nanti karat rugi jer repair,heehe, comot sikit


ok cat dah kering, proses nak pasang balik

Korang nak tahu memang jimat banyak sangat kalo kite pandai nak repair sikit-sikit barang kegunaan rumah kite sendiri..sekarang nie pun ringgit makin jatuh jadi memang kena bajet betul-betul.




Dapat Angpow.!!

Ok kan hari tue aku ada cerita tentang sorang cikgu nie yang buat masjlis resepsi kahwin dia dekat sekolah aku tu kan, aku tak tunjuk puan yang dia ada bagi angpow atas pertolongan yang aku bagi tak seberapa tuh. Aku sorang jer yang dapat mungkin aku dah tolong dia dari hari sebelum tu lagi kut. Tapi apa-apa pun terima kasih banyak cikgu.



Nilai dalam tu biarlah rahsia heehee


Nasi Beriani Masjid An-Najihin.!!

Nasi beriani memang kegemaran aku kebelakangan nie tambah-tambah lauk kambing perhhh!!. Dekat Bandar seri permaisuri nie setiap jumaat ada makcik nie dia jual beriani dekat area tepi masjid nie,   asalnya aku memang tak makan kambing bukan aku ada penyakit ker apa tpi aku ada kisah sebaliknya waktu aku PLKN first bacth waktu mula-mula diperkenalkan aku posting dekat UITM shah alam, ada satu hari tu kantin UITM nie buat masak kurma kambing, tapi bau kambing tu semerbak satu dewan makan dengan daging tu pun bau,rasa yang kurang menyenangkan,kira dia tak pandai masak kambing la, start dari situ aku memang tak makan kambing bau sikit pun terus hilang selera,

Tapi sejak aku kahwin nie, aku cuba balik makan kambing nie bila ada kenduri-kendara yang tukang masaknya pandai masak jadi tekak aku dah mula boleh terima balik daging kambing nie heeheheheh.. balik pada cerita aku tue makcik nie jual beriani kat sini dengan harga RM10 lauk kambing, RM9 lauk ayam/lembu..


tu gerai kecik dia jer, korang boleh bungkus atau nak makan situ, semua dia sedia,air minum free sirap tau, air basuh tangan sekali sabun,meja kerusi payung,tisu semua ada korang beli duduk situ makan lepas tue terus masuk masjid abis cerita.


nie nasi aku BERIANI KAMBING RM10 jer memang puas hati kambing dia memang lembut, tak der bau heehee..aku kadang-kadang makan situ tak pun bungkus jer

Plaza Low Yat.!!

Ermm baru-baru nie aku pergi ker low yat untuk cari barang pc, agak ketara la orang memang tak berapa nak ramai dah pergi kat sana,semenjak dari kes masa bulan puasa lepas. Aku pergi hari minggu (sabtu) jam 12 tgh hari memang agak lengang la tak macam sebelum nie kul 11 dah penuh nk jalan pun selisih bahu.


agak lengang jer


Nie kat tengah-tengah lowyat tuh..biasa kalo buat event apa-apa mesti penuh orang



Dan apa yang aku nampak  sekarang nie harga barang-barang kat situ memang dah naik la. Nie antara kesannya kalau nilai RINGGIT kite LEMAH, jadi untuk pengetahuan korang barang-barang ict, gedjet semuanya IMPORT walau dia MADE IN CHINA kite memang kena bayar lebih, harga naik bukan seringgit dua, tapi naik puluh ringgit, memang terasa sangat nilai duit kite makin kecil. Jadi kalo ada sapa-sapa yang kata RINGGIT JATUH BAIK UNTUK NEGARA mesti ada yang tak kena dengan kepala hotak dia, kesian cikgu yang mengajar dia dulu. Walaupun aku bukan pakar ekonomi,akuntan,ahli perniagaan tapi SEL-SEL otak aku masih berhunung dengan baik dan boleh berfikir secara waras,logic. Sekian heheehee

Stokin yang ada TOE.!!

Mula-mula dulu waktu aku kenal setokin nie memang pakai yang stail konvesional jer, tapi bila kaki aku pernah kena “kutu air” Fungus, dari hari tue memang aku selesa pakai stokin yang ada toe nie, sapa yang pernah kena tau la azabnya fungus dekat celah jari kaki tue.
Tapi sekarang allhamdulliah dah lama baik dah kaki aku maunya tak baik, periksa kat PAKAR KULIT tuhh, dia charge pengsan kejap heehee dalam RM180, lepas tu kena datang rawatan susulan, pun dia charge RM80-90 huhhuu.
Lepas tue baru tau la punca-punca macam mana boleh kena fungus ni dan cara nak elakkannya :

1-Penjagaan kaki tue kena bersih dan sentiasa kering, dia boleh kena kepada sesiapan pun kalo tak jaga kaki tu.
2-selalu la tukar stoking tue, jangan pakai berterusan selama 8 jam, kalo dalam islamkan ada solat zohor dan asar,jadi boleh la bukak setokin tu bagi jari kaki tu pengudaraan.
3-kasut kena pakai yang sesuai, longgar,ada pengudaraan, sejuk.
4-lepas tu stokin pilih yang sesuai biasa beli la yang 100% cotton dia serap peluh 


Nie la rupa dia stokin yang ada toe, memang selesa pakai, yang sebelah tu stokin biasa

Harga dia agak mahal sedikit la dari yang biasa dalam RM12 sepasang.
Punca aku kena pun sebab pakai kasut yang agak ketat lepas tu pulak jalan dalam keadaan panas time tue aku pergi pasar SARIKEI SARAWAK, balik jer celah jari kaki ada melecet tpi aku biar jer,balik perak aku sambung pulak mesin rumput dalam hujan kasut basah apa lagi atas tanah macam-macam bakteria yang kite tak tahu, start dari situ aku perasan kenapa jari aku yang melecet tu tak sembuh-sembuh, search dalam google baru tau jari kaki aku dijankiti fungus. 

Hand tools Black&Deker.!!

Aku kalo bab perkakasan tangan nie memang taksub sikit minat dengan barang-barang tu..
Contohnya yang nie aku beli dah lama 3 tahun dah pakai. Nie dia CORDLESS DRILL, aku beli time offer harga dalam RM170 jer, sekarang tak tau. Alhamdullilah dah banyak jasa dia dengan aku, memang memudahkan setakat kerja-kerja bengkel/rumah yang ringan-ringan.

Sekarang nie model baru lg kecik n compact, yang aku punya nie besar dan berat la jugak nak pegangnya tapi tak per baru la SADO tangan tu heehe..


Nie siap case dia jadi senang nak simpan


Barang yang wajib



Yang lain-lain tu aku tambah sendiri 

Laptop Isteri Aku!!

Haha..sebut pasl laptop aku nie tecnicion pun sampai sekarang tak pernah beli untuk diri sendiri, tpi untuk orang lain dah ramai aku jadi konsultan heehee, terutama untuk isteri aku sendiri masuk nie dah dua kali aku jadi konsultan untuk dia, yang pertama laptop nieh la FUJITSU ESPRIMO MOBILE (INTEL CENTRINO) je..tapi memang tahan brand nie serius, lappy nie dah pakai dari tahun 2009-2010 seingat aku sebab beli nie pun sebelum aku kahwin dengan dia heehee, nie pun satu bibik percintaan kami mula-mula dulu. Aku tawarkan untuk jadi konsultan dia kehhh bijak tak aku.
Ok sebelum aku beli macam biasala aku nie suka buat kajian dulu lepas tue baru pilih mana yang sesuai, dari pengalaman aku jenama FUJITSU nie memang tahan lasak dan harga memang agak mahal dan tak banyak kedai yang ada jual jenama nie, sebab aku pernah setup satu laptop untuk Lefternan Kol.Tentera  darat nie depa pakai brand FUJTSU HEVRY DUTY untuk guna dekat tengah2 hutan macam korang tengok filem-filem perang tue, memang betul ada lappy yang tahan jatuh, kalis air , hight spect tpi nie kena special oder dari pengeluar la, macam untuk Kementerian Pertahanan heehee..
Berbalik pada lappy yang aku sarankan kat bakal isteri aku tuh sama la, Cuma tak setahan tentera punya la heehee, tapi setakat nie kami sekeluarga dah pakai hampir 5 tahun dan masih aku guna untuk update entry blog nihh heeheeh, walau tak selaju lappy zaman sekarang tpi alhamdullilah masih berfungsi seperti masa beli dulu, tak pernah overheating,auto shutdown , cuma format upgrade windows nie pernah la dari win XP kepada win 7 sekarang .


Nie la rupanya sangat oldscholl 


keypad dia tu dah clear nampak sangat rajin menaip


nie bekas pernah jatuh bukan sekali tpi banyak kali, tahankan.(GIGABYTE tu stiker jer)


Hanya guna Intel Centrino jer 


Nampak dah lusuh dah kulit dia heehee


Dan sekarang bila isteri aku dah beli lappy yang baru lappy nie jadi pc untuk kegunaan dirumah jer dan sudah pasti la aku jer yang guna heehee. Memang kalo korang nak beli lappy aku cadang kan brand nie la tapi mahal la sikit, semenjak aku duduk KL nie aku banyak jumpa kedai-kedai yang jual jenama nie dan design dia pun dah menarik tak macam zaman dulu heehee..



Mee Goreng Mamak!!

Semejak wife aku pantang nie aku jadi rajin pulak nak masak sendiri, jadi petang isnin minggu lepas, aku teringin nak makan mee mamak, aku ingat nak beli jer tapi fikir balik baik aku cuba buat sendiri haahaa,
apa lagi lepas balik kerja kul 5 tepat terus bergegas pergi kedai kat bawah rumah aku tu beli apa yang patut korang tau berapa kos barang mentah dia, aku ambil tauhu 3,limau nipis,taugeh,mee kuning,bawang putih 3 labu, harga RM4.20 perhhhh terasa la jugak mahei haahaa, seafood ak tak ambil la sebab aku sorang yang nk makan biasa-biasa sudah..
Aku tak tengok resipi pun main campak-campak jer, Aku nie memang suka pakai bawang merah dan putih lebih walau masak untuk sorang makan jer, ntah mungkin bawang tue banyak khasiat kut heehee, tapi yang aku tahu bawang putih memang anti oksida,antibiotik semula jadi..



Nie antara bahan-bahan dia, sory gambar tak berapa cantik ambil guna hp murah jer.


Selesai sudah.





Selamat menjamu selera heehee..

Apa-apa pun lepas masak memang aku pun tak sangka ehhh!! macam mamak goreng la sedapnya hehee..



Majlis Resepsi Di Sekolah..!!

Sabtu 8/8/15 baru-baru nie, aku kena kerja sebab ada LDP(latihan dalam perkhidmatan) dekat seolah huhuh..malasnya nak datang.
Tapi apa yang istimewanya aku kena datang sebab ada sorang cikgu chines nie dia nak buat majlis resepsi dia untuk warga sekolah sebab majlis yang betulnya dia tak dapat jemput sebab berlangsung di sarawak ehh..sama dengan negeri kelahiran isteri dan anak sulung aku la..huhuu sambil buat kursus sambil dia buat majlis ermm pandai dia..
Nie sesaja aku buat album dia just snap pic dari lappy dia jer 

Sebenarnya aku nie bukan la ada bakat sangat nak susun atur gambar nie 
cuma try and error jer.


Dia nie cikgu BM, mula-mula posting sini aku dengar makcik-makcik nie cerita dia kena gelak sebab masa dia perkenalkan diri tuhh dia cakap dia cikgu Bahasa Malaysia, mau tak gelak bebudak sek niehh "ko tu chines nak ajar kami bahasa kami sendiri haahaa" whatttt!!..tapi lepas tu semua respect la kat cikgu nieh dia punya BM perhhhh!!.
Mula-mula aku masuk pun aku dah agak cikgu nie memang baik, tanggapan aku memang betul sebab makcik-makcik nie pun cakap dia nie bagus,rajin,baik,ramah heeheee biasala orang kelahiran negeri isteri akukan haaha..

Majlis yang simple


Menu memang ikut kenduri orang melayu heehe,


Nie geng cikgu-cikgu wanita sekolah aku, sebenarnya ramai lagi tapi semua tengah makan


Nie aku dan sebelah hujung tue cikgu kaunseling 

Aku ada la tolong sikit-sikit untuk persiapan majlis dia kat sekolah tue, tak banyak la tpi biasala bangsa chines nie kalo dia dah percaya kat kite memang dia hargai sangat-sangat, siap dia bagi aku angpow lagi tue wahhh rasa macam sepecial jer sebab aku sorang jer dapat tau haahaaa, lepas tue dah abis majlis pun dia wassup aku ucap thanks alots sangat,

korang tau apa kerja yang aku tolong dia tu, aku cuma set kan lcd untuk dia mainkan video wedding dia lepas tue gantung-gantung bunga, hias banner kahwin dia tu, bukan banyak pun tapi tengok penghargaan dia tue korang faham-faham la.

POS Malaysia Kehabisan Sampul PRA-BAYAR..whattt!!

Ok macam nie ceritanya, wife aku suruh pos kan bawang goreng orang oder jadi aku pergi la pejabat pos satu cawangan nie semua borang aku dah isi siap-siap kat rumah sampai pejabat pos tu aku ambil no, bila tiba giliran aku, nak beli la kan, malangnya awek jaga kaunter tu cakap bungkusan PRA-BAYAR semua abis, WHAT!!! abis biar betul padahal dah 3 minggu kot cuti raya dah abis takkan tak restok balik..dia cakap kami dah oder tapi tak sampai-sampai.
Kite nak support kompeni melayu tapi korang sendiri jawab la. dah la masa rehat aku tak lama tak pasal-pasal kena pergi cawangan satu lagi tu,dah buang masa tak pasal2 aku puasa tengah hari tu haahaahaa, nasib cawangan nie ada kalo tidak tak tau nk cakap apa..


SUPPORT KOMPENI MELAYU.

Tau Fu Fa Gula Merah yumm-yum!!

Tau fu fa, adakah nie makanan orang china ermm..apa-apa pun orang melayu buat pun sedap,
kat pasar malam hari jumaat dekat rumah aku nie ada pakcik-makcik nie dia jual air soya dengan Tau fu fa, aku paling suka dia punya tau fu fa gula merah perhhhh.. teringat masa aku kecik dekat ipoh pasar malam setiap isnin selalu beli dekat sorang pakcik nie, memang cukup semua rasa dia, tapi bila semenjak kedewasaan nie pakcik tu dah tak jual dan aku pun dah hijrah duduk KL nie jd nk cari yang sama tu memang tak ada, tapi Allah jodohkan aku dengan peniaga nie dekat jer dengan area rumah aku jadi boleh makan selalu haahaaa..
Sedap di makan ketika suam atau pun sejuk, aku paling suka yang sejuk fuhhhhh..



tengok meleleh ayaq liur aku


memang win la nie time dah sejuk, makan sambil tengok movie heehe




Pasal tau fu fa nie memang sangat cukup ciri-ciri dia tak lembut sangat,tak keras sangat, isi dia pun tak der rasa ubat yang kadang-kadang tak kena gaya korang leh cirit heeheee, bab perut aku nie memang sensetif hehee..


Pasar Malam..!!

Aku sebenarnya semenjak duduk KL nie, rumah atas angin memang jarang keluar rumah la, tambah-tambah kat sini semua ada kelengkapan asas, kira tak risau la kalo kebulur pun..
Cakap apa korang nak..LRT 10minit jalan kaki, kedai runcit turun bawah jer macam-macam ada, dobi pun kalo malas ada dua-tiga kat bawah, bank 5 minit jalan kaki, kedai mamak "kayu nasi kandar", Q-bistro 5,minit jalan kaki, masjid pun sama 5 minit turun jer,lupa nak bayar bil air,api kat kedai runcit bawah nie pun ada sedia, cuma nk pos jer kena jalan kaki dalam 10minit jer, kedai makan melayu,siam,indon semua ada nak dengan tak nak jer turun bawah, sekolah rendah/menegah 5 minit jugak sebelah-sebelah jer semua


Nie aku ambil gambar dari rumah atas angin aku heehe.


Kota raya Kuala Lumpur tpi KLCC tak der yerr


Pasar malam kat sini dua kali seminggu, isnin dengan jumaat, memang kemudahan asas hidup tu memang lengkap la, CUMA biasala duduk sini parking memang sangat2 terhat tapi kalo pakai moto takder masalah, lepas tu biasalah bila dah penghuni padat jadi penggunaan kemudahan asas macam lift tu kena banyak bersabar kalo tuning time tak betul heehee..

Baby Carrier ERGOBABY..!!

Semenjak anak kedua aku lahir nie aku dan isteri banyak buat kajian berkenaan baby carrier bukan apa masa anak sorang boleh la korang nk kawal, bila masuk dua nie terbatas sikit, jadi kami buat keputusan untuk beli baby carrier dari jenis ERGOBABY harga dalam RM399, mengikut review memang jenama ini yang disyorkan sebab rekaan terbaru yang direka dengan SSC (soft structured carrier) bukan jenama lain tak bagus cuma waktu aku  beli nie jenama nie tengah SALE haahahaa.
antara yang dalam short list aku : Ergobaby,Boba,Mothercare,Baby Bjorn,Stokke dan banyak la lagi.. tapi yang banyak kat pasaran malaysia nie Ergobaby dgn Boba.
Beza dua nie Ergo nie memang sejuk kain dia aku dah pegang rasa, 100% kapas dan boleh masuk mesin basuh cuma warna dia agak kelasik sikit la..
Boba pulak dia punya kain ada campuran linen sikit, kain agak panas sikit sesuai untuk negara 4 musim heehee, boba nie nie jujur memang trendy kaler dia siap ada macam-macam design, ada gambar burung,lukisan abstrak..
Sebenarnya harga dari dua jenama nie tak jauh sangat bezanya pun dalam RM4++ tpi nak dijadikan jodoh untuk anak aku jenis Ergo nie ada less pulak apa lagi sambar la terus..
bagi aku kalau diikutkan harga memang mahal la tapi macm biasalah sikap aku nie "alah membeli menang memakai" cuma ikat perut kejap la nk kumpul duit beli huuhuuhu..

Nie kotak dia,kecil dan simple


Nie bila first time bukak heehee..


Memang lembut sangat kain dia


Span shoulder tue pun lembut


Nie lock belakang


Nie la rupa dia dari depan


nie dari belakng



Tapi lepas beli memang puas hati la, aku syorkan kat korang memang berbaloi.

KL - KUCHING (Backpacker)!!

Assalamualaikum..

Insyaaalah raya haji nie aku akan travel sorang-sorang balik kampung mentua aku kat SARAWAK, kali nie aku travel cara backpackers perhhhhh..

KL-KLIA2-KUCHING AIRPORT-KUCHING SENTRAL-LUNDU-SEMATAN

Harap semoga perjalan aku lancar seperti yang dirancang selamat pergi selamat membawa pulang 3 buah hati aku kembali kesisi aku kat KL nie Insyallah aminnn..
Tiket pun dah beli huuhuuu RM150,+ ..



Lepas tue nati aku cerita kat dalam page aku nie pengalaman balik raya haji sebagai anak perantauan chehh!! yer-yer jer aku nihhh.

Kenduri Di Shah Alam..!

Assalamualaikum..Ok pada ahad lepas kami sekeluarga berkesempatan berkunjung ke kenduri keluarga sebelah mak aku dekat shah alam..

Keluaraga belah mak aku nie memang jarang berjumpa dan duduk berjauhan dan ramai dah tak ada (aruah) hanya tinggal 4 beradaik daripada 7 orang.. Mak aku yang bongsu.

Jadi bila ada majlis-majlis yang besar macam nie la baru mereka semua dapat berjumpa dan bermesra. Macam biasala kalau orang tua nie bila jumpa adik-beradik, mereka akan perkenalkan nie,tok ngah, kamu pangkat pak sedara la, sebelum-sebelum nie memang aku pun tak tahu dah ada anak sedara yang dah kahwin, rasa macam aku nie dah tua jer ehh!! haahaa, korang macam tak biasa pulak kehh2 bila segala sepupu sepapat bila dah berjumpa semua mengimbau kembali zaman muda siap cerita zaman mak aku waktu mula-mula kawin dulu perhhh dah lama tue sekarang mak aku dah pencen depa masih ingat lagi tu, memang orang tua zaman dulu ingatan depa memang kuat.


Aku bukan OP pengantin hehee


Aku mendoakan kekal bahagia hingga ke Jannah


Nie kakak mak aku no 3


Nie pangkat tok sedara belah mak aku


Nie anak-anak aruah kakak mak aku


Nie semua anak sepupu belah aruah kakak mak aku


Terima kasih sudi melwat blog yang tak seberapa ini..natikan update yang baru.!!