Cermin Pandang Belakang BROADWAY OPTIK.!!

Cermin Pandang Belakang BROADWAY OPTIK (HOYA PURPLE COATING)

Kali nie aku nak cerita pasal cermin pandang belakang kereta aku, sebelum nie kalo pakai yang saiz asal dia agak kecik dan dia tak ada anti Headlight Reflecting ( ANTI SILAU ) lepas tu warna glass dia biasa jer.
Baru-baru nie aku balik ipoh sebab ada hal, jadi berkesempatan pergi ke beberapa kedai halfcut (kedai potong kereta) sekitar Mengelebu,Falim dalam misi mencari GEARBOX TOYOTA AVANZA tapi lain yang cari lain yang jumpa heeheheeh.
Bukan aku tak nk cari kat KL nie Cuma faham-faham la aku pun baru duduk sini dan selobelok kedudukan kedai tue aku tak mahir lagi, jadi baik aku cuba cari kat ipoh yang memang aku dah biasa dan orang kedai tu pun dah kenal aku heeheee..
Balik pada cerita asal dalam aku mencari tue aku terpegang Cermin Pandang Belakang BROADWAY nie aku belek-belek aku kompem yang nie yang memang aku cari sebab warna cermin dia purple dan tak lebar sangat berbanding dengan yang lain-lain, lepas tu pulak cermin nie ada COATING dari HOYA, sapa photoghraper mesti tahukan heehe.
Apa lagi terus aku tanya berapa harga?  dia letak RM30 pada mulanya, jadi proses tawar menawar aku mintak RM15 heehee dia tak kasi, bodek punya bodek kami setuju dengan harga RM20 termsuk GST. Korang tengok tue kat mana-mana memang GST nie akan menghantui rakyat huuuhuhu.


Nampak clear jer.


Walau dalam keadaan panas terik korang tengok jer cermin tue sejuk je rasa
betul aku tak tipu rasa seronok nak tengok belakang heeheee


Nie kalo korang search dalam internet


Kalo korang nak tengok lebih lanjut korang taip jer yang nie kat pakcik google:

Broadway 240mm Optics Flat Rearview Mirror - Hoya Purple Coating for Lower Headlight Reflecting

 Nanti aku update pasal kisah Gearbox Toyota Avanza tu pulak.

Terima kasih sudi meluangkan masa membaca blog aku nie..

No comments: