TuliS Ikut SUKA Hati

Nuff!

Gearbox Toyota Avanza..!!

Ok hari tue aku ada cerita pasl gearbox Toyota avanza kan. Nie aku nak sambung balik, aku kalo melibatkan kos yang tinggi memang aku buat survey,kaji betul-betul takut salah nanti rugi, aku nie bukan la orang senang yang dapat derma heehee..

Aku search kat pakcik google nie baca salahsiah Toyota avanza nie, Avanza nie banyak dekat Indonesia,Thailand,Filipina dan Malaysia. Kalo kat jepun enjin dia sama dengan Daihatsu pakai dekat model Terios, dekat Malaysia pun dia sama dengan produa alza,mayvi,nutica, bezanya Cuma gearbox jer avanza nie tarik tayar belakang(back wheel) yang lain front wheel, kalo produa nutica 4WD lain pulak...

Setelah beberapa hari mencari ada satu kedai nie boleh dapatkan manual transmission yang memang susah nak cari sebab jarang rosak, berbeza dengan AUTO transmission. Jadi kalo susah dapat harga memang pengsan sekejap la. RM2966.00 termsuk GST huhuuu gst lagi. Yang ni aku beli secondhand jer kalo baru aku tanya UMW TOYOTA harga dia RM14,000 memang masuk wad terus kalo tak der jual secondhand, tpi kalo dapat DERMA aku terus tukar jer AVANZA tue kepada VELFIRE,ALPHAD,ESTIMA haahaa berangan kejap.



nie aku search dulu dalam internet


Kaji rupa dia macam mana, bahagian nie jer yang retak jadi boleh bukak dan tukar yang lain, tapi mana nak cari depan nie jer memang kena beli sebiji la.

Allhamdullilah selepas proses pengeposan ke Sarawak kos dalam RM3++, sangat berbaloi cepat hanya 3 hari jer dari IPOH-SARAWAK korang tau aku guna courier apa? Aku guna SURE REACH, sangat puas hati aku memang rekomen kat korang kalo nak hantar barang yang besar/Special handle. Paling penting tak banyak krenah. (www.sure-reach.com/)



Nie la akibatnya kalo serah dekat mekanik yang tak tahu buat kerja, asalnya hanya clucth sahaja yang dah habis sekali dengan gearbox sekali kena tukar sebab MEKANIK tu BANGANG bagi jatuh gearbox retak lepas tu dia welding lepas tu terus gear susah nak masuk..


korang tengok dia welding macam tu jer


sayang gearbox tu, kereta tahun 2008 kut kira gearbox tu baru lagi la sama tarikh lahir dengan keretakan. 

Tapi hasil kajian aku dan tanya pakar berkenaan gearbox nie, yang belakang tue boleh pakai lagi cuma tukar yang bahagian depan yang dia welding tu jer, jadi aku suruh pak mentua aku simpan buat spare kalo apa-apa terjadi kat gearbox yang sekarang nie heehee. Ilmu yang aku dapat lagi dari pakar gearbox nie dia kata Toyota avanza kena pakai minyak gear dari jenis Toyota 75W-90 kira yang asal la sebab dia memang sensatif, dan clutch / pressure clutch pun kena pakai yang original untuk avanza jugak.



6 comments:

DYatie ABakar said...

tergantung. tak abis. huhuhu. baru nk syok baca. =P

Azman Md said...

Innova 2.0 auto,engine jacking masa lps minyak dan tekan balik pedal minyak.no 2 :masa nak over take,tekan pedal minyak tapi lambat pickup,walau pun tekan pedal nak sampai habis.no 3 kadang2 ada macam bau clas terbakar kat air cond

Azman Md said...

Innova 2.0 auto,engine jacking masa lps minyak dan tekan balik pedal minyak.no 2 :masa nak over take,tekan pedal minyak tapi lambat pickup,walau pun tekan pedal nak sampai habis.no 3 kadang2 ada macam bau clas terbakar kat air cond

Azman Md said...

Innova 2.0 auto,engine jacking masa lps minyak dan tekan balik pedal minyak.no 2 :masa nak over take,tekan pedal minyak tapi lambat pickup,walau pun tekan pedal nak sampai habis.no 3 kadang2 ada macam bau clas terbakar kat air cond

tudung labuh said...

Minyak gearbox depan dn blakang jenis sama ke?

Mohd Fadhlil said...

minyak gear kalo ikut buku manual mmg dari gred berbeza, biasa bg kereta yg tarik tayar belakang "back Wheel" mmg berbeza ikut kepada pengeluar..
ikut pulak kalo yg menggunakan LSD, lain pulak gred minyak ny.
biasa bagi avanza Transimi Manual gear oil hadapan gred nipis sedikit 75w-80 dan gandar belakang 85w-90.
kalo avanza tranmisi AUTO pula gear oil hadapan menggunakan ATF4 dan belakang sama mcm manual.
lain pulak kalo kereta yang terbaru sekarang nie yg menggunakan gearbox CVT kena menggunakan CVT Gear Oil.