Mee Goreng Mamak!!

Semejak wife aku pantang nie aku jadi rajin pulak nak masak sendiri, jadi petang isnin minggu lepas, aku teringin nak makan mee mamak, aku ingat nak beli jer tapi fikir balik baik aku cuba buat sendiri haahaa,
apa lagi lepas balik kerja kul 5 tepat terus bergegas pergi kedai kat bawah rumah aku tu beli apa yang patut korang tau berapa kos barang mentah dia, aku ambil tauhu 3,limau nipis,taugeh,mee kuning,bawang putih 3 labu, harga RM4.20 perhhhh terasa la jugak mahei haahaa, seafood ak tak ambil la sebab aku sorang yang nk makan biasa-biasa sudah..
Aku tak tengok resipi pun main campak-campak jer, Aku nie memang suka pakai bawang merah dan putih lebih walau masak untuk sorang makan jer, ntah mungkin bawang tue banyak khasiat kut heehee, tapi yang aku tahu bawang putih memang anti oksida,antibiotik semula jadi..



Nie antara bahan-bahan dia, sory gambar tak berapa cantik ambil guna hp murah jer.


Selesai sudah.





Selamat menjamu selera heehee..

Apa-apa pun lepas masak memang aku pun tak sangka ehhh!! macam mamak goreng la sedapnya hehee..



No comments: