TuliS Ikut SUKA Hati

Nuff!

Samsung Refrigerator (Digital Inverter)!!

Assalamualaikum..
Ok kali nie aku nk kongsi dengan korang barang eletrik rumah aku. Samsung Refrigerator (Digital Inverter). Aku beli masa mula-mula aku pindah Cheras nie tahun 2014. Aku beli saiznya tak la besar cukup untuk aku anak beranak 4 orang. rasanya saiz refrigerator 820 liter, tapi kelebihan dia ada DIGITAL INVERTER ( Penjimatan Penggunaan Elektrik ).
Ok apa itu INVERTER..inverter bermaksud penyongsang. Walau bagai manapun, dalam kejurutereaan elektrik kuasa, inverter diklasifikasikan sebagai peranti/alat yang mengubah arus terus kepada arus ulang alik yang berubah frekuensi. Inverter sering digunakan pada peralatan yang mempunyai motor dan pemampat (compressor). Dengan menggunakan teknologi ini, kelajuan motor atau pemampat boleh dikawal mengikut keperluan.
Mula-mula dulu rasa macam betul ker dah la harga yang ada INVERTER nie mahal sikit, takper macam aku selalu cakap kt korang kan alah membeli menang memakai tak per aku melabur sikit aku ambil dari jenis SAMSUNG harga dalam RM1200 termasuk exend Warrranty 2 tahun, yang sedia ada warranty 10 + 2 = 12 tahun jumlah warranty lamakan kalo selepas 12 tahun tak rosak memang aku tabik la SAMSUNG. 
Bukan apa refrigerator nie susah nak rosak kalo betul cara penggunaan dan penjagaan dia, tpi kalo rosak menagis jugak nak baiki baik beli baru, barang yang mahal pada refrigerator nie 1- IC Bord, 2- COMPRESSOR (Pemampat), kalau setakat IC bord tue rasanya boleh lg rosak nk ganti tpi kalo compressor mungkin korang pikir dua kali, baik beli refrigerator baru jer heeheee..
Dari segi penggunaan tenaga elektrik nie mula2 memang tak rasa tapi bila dah kenaikkan takrif elektrik dan GST nie memang aku rasa refrigerator yang aku beli nie menjimatkan penggunaan elektrik rumah aku. Bil elektrik dari sebelum kenaikkan takrif dan GST tak der jauh beza langsung, sebelum nie bil dalam RM35, bila dah takrif naik dan GST nie bil aku dalam RM36-38 jer.
Dari penggunaan KWH (tenaga) pun tak ada beza dengan masa aku guna refrigerator satu pintu Panasonic, nampak tak beza dia refrigerator kecik satu pintu compressor biasa dengan refrigerator dua pintu 820liter compressor Digital Inverter..
Ok la sampai kat sini perkongsian serba sedikit dari pemerhatian aku berkenaan refrigerator nie..

lepas nie mungkin nak cari Aircond yang ada Inverter jugak..



Tu tengok memang siap stiker 10thn warranty  


Nie la rupanya peti sejuk aku


digital Inverter


Ruang dalam


Agak luas la sikit. yang penting berbaloi.
Terima kasih sudi melawat page aku nie, nti aku update entri yang baru..

No comments: