TuliS Ikut SUKA Hati

Nuff!

Stokin yang ada TOE.!!

Mula-mula dulu waktu aku kenal setokin nie memang pakai yang stail konvesional jer, tapi bila kaki aku pernah kena “kutu air” Fungus, dari hari tue memang aku selesa pakai stokin yang ada toe nie, sapa yang pernah kena tau la azabnya fungus dekat celah jari kaki tue.
Tapi sekarang allhamdulliah dah lama baik dah kaki aku maunya tak baik, periksa kat PAKAR KULIT tuhh, dia charge pengsan kejap heehee dalam RM180, lepas tu kena datang rawatan susulan, pun dia charge RM80-90 huhhuu.
Lepas tue baru tau la punca-punca macam mana boleh kena fungus ni dan cara nak elakkannya :

1-Penjagaan kaki tue kena bersih dan sentiasa kering, dia boleh kena kepada sesiapan pun kalo tak jaga kaki tu.
2-selalu la tukar stoking tue, jangan pakai berterusan selama 8 jam, kalo dalam islamkan ada solat zohor dan asar,jadi boleh la bukak setokin tu bagi jari kaki tu pengudaraan.
3-kasut kena pakai yang sesuai, longgar,ada pengudaraan, sejuk.
4-lepas tu stokin pilih yang sesuai biasa beli la yang 100% cotton dia serap peluh 


Nie la rupa dia stokin yang ada toe, memang selesa pakai, yang sebelah tu stokin biasa

Harga dia agak mahal sedikit la dari yang biasa dalam RM12 sepasang.
Punca aku kena pun sebab pakai kasut yang agak ketat lepas tu pulak jalan dalam keadaan panas time tue aku pergi pasar SARIKEI SARAWAK, balik jer celah jari kaki ada melecet tpi aku biar jer,balik perak aku sambung pulak mesin rumput dalam hujan kasut basah apa lagi atas tanah macam-macam bakteria yang kite tak tahu, start dari situ aku perasan kenapa jari aku yang melecet tu tak sembuh-sembuh, search dalam google baru tau jari kaki aku dijankiti fungus. 

No comments: