Jalan-Jalan Cari Makan "Kuey Teow Kerang NOD"

Ok mula-mula sekali gerai nie memang legend aku lepak gerai nie sejak dari sekolah menengah lagi, kedai area manjoi nak cakap landmark tue susah sikit tpi kalo korang tanya orang situ "kuey teow nod" kompem depa tahu punya heheeh. kedai nie memang diuruskan oleh ahli keluarga jer sebab tukang goreng ayah, tukang ambil pesanan adik,tukang buat air abang,tukang potong ayam abang, sekarang tukang goreng dah turun ke adik, dulu waktu aku muda remaja ayah depa yang goreng, lepas tu zaman study mak depa yang goreng, lepastu zaman aku dah kawin abang sulung yang goreng, sekarang aku dah anak dua adik lelaki dia pulak yang goreng heheheee, yang buat sedap  & legendry kuey teow nie dimasak menggunakan dapur arang dari dulu sampai sekarang, memang sedap la kerang nya banyak, lepas tue kuey teow nie tak sesuai bungkus,kalo bungkus tak sedap,dia kena makan kat situ jugak baru umphhhh.gerai nie buka waktu petang hingga malam, menu lain pun ada bihun sup, nasi ayam, sup gearbox, semua tue pun sedap, wife aku suka nasi ayam dia heeh..

nie aku sesaja pesan kuey teow lebih, nah korang tengok tue makan untuk 2 orang jadinya, ker saja bagi lebih dia tau aku lama dah tak makn sini heheee.


pagi & tgh hari tutup yer jangan korang datang pulak.
Yang membuatkan aku kata kedai nie legendry sebab disini la tempat lepak aku dengan sahabat-sahabat baik aku dari dulu sampai sekarang kalau kami semua ada balik ipoh kompem akan lepak sini, sekarang semua jauh-jauh merantau huuhu bila la dapat peluang kembali duduk ramai-ramai kat gerai nie.

Jalan-Jalan Cari Makan "Kuey Teow Kerang Bercham"

Hari kedua pulak aku pergi area Bercham untuk merasa menu KUEY TEOW KERANG SPECIAL, kedai dia besebelahan dengan STESEN MINYAK PETRON berhadapan dengan jalan utama untuk ke TAMAN PERPADUAN.Kedai nie aku makan kuey teow goreng dia biasa telur tue dimasukkan kemudian, agak berminyak sedikit, tapi rasa sedap bila diadun dengan sambal tu, roti canai dia pun sedap rangup, kuah dal pekat memang tak kedekut hehe, harga berpatutan cuma agak jauh sikit la dari rumah mak ayah aku heheh, menu utama dia roti canai, masakan bergoreng, masakan yang berkuah tak ada yerr.. nie menu pagi yer..


cara persembahan dia memang menaikkan selera heheee..

Jalan-Jalan Cari Makan "WAN MEE KARI"

Dah sementelah aku ada di ipoh nie, macam biasa aku suka ronda-ronda ngan mak ayah aku yang dah pencen tu pergi makan dimana sahaja dirasakan hati ini hehee..

kali nie aku pergi makan di warung/gerai/restoran WAN MEE KARI, kat kedai nie bukan sahaja ada pelbagai menu mee,bihun,kuey teow, tapi ada menu western,roti bakar,kuih muih,satey, korang bayangkan la menu-menu tu waktu pagi perhhh memang membuka selera. kedai nie konsep macam restoran china, tuan rumah hanya ambil pesanan MEE,BIHUN,KUEY TEOW dan AIR, yang lain tue semua stall kecil-kecil kalo kite nak kite kena pergi oder lepas tue hidangan sampai terus bayar ermm, 

nie antara yang aku sempat snap heehhe.

Secara keseluruhan memang sedap semua menu tue kenapa sebab aku yang tukang rasanya heehehe, mak aku paling suka KUIH TEPUNG TALAM memang osem rasa dia asli,lemak cukup. kalo korang oder meat ball pun sedap Home Made la katakan, kedai nie memang akan penuh dengan orang jadi korang nk datang kena awal, nak pergi kedai nie landmark dia berhampiran dengan KELINIK KESIHATAN JELAPANG/SILIBIN tepi jalan jer bawah pokok besar.kalo korang tengok ramai orang tu, kedai dia la tu heehe.

IPOH "Ini Pekan Orang Hensem"

Betul ker ipoh nie pekan orang hensem mungkin la kut heehee sebab aku pun kira hensem apa heehee..Aku mula cuti dari 16 SEP hari tu sampai ahad 20 SEP jadi aku ambil peluang tue untuk balik rumah mak ayah aku setelah lama aku tak balik semenjak dari lepas raya aildilfitri dan semenjak isteri aku berpantang jadi, cuti kali nie aku balas cukup-cukup lepak ipoh heehee..maklumlah isteri aku di sarawak jadi aku balik kali nie single la, aku pilih untuk naik ETS dari KL Sentral ke Ipoh ambil masa 2 jam 30 minit macam tu la, harga tiket pulak aku tak der pilihan kena ambil pakej GOLD RM35 kalo SILVER RM25 tapi jadual masa aku untuk jam 6 petang hanya ada GOLD pakej jadi tak ada pilihan huhuu. Harga tiket tu SEHALA yerr bukan pergi balik heehe..


Nie air pancut depan STESEN KTM IPOH. "gambar tak berapa nak cun guna handphone murah jer"

Fresh Mango Jus

Yang nie memang korang kena cuba, jus mango dia memang sedap rasa asli heehe,dia punya kedai hanya pakai lori kecil dekat tepi jalan, betul-betul kalau kite menuruni jalan dari bandar tun razak menuju ke bandar seri permaisuri dekat tepi jalan jer, land mark berhadapan kondominium VISTA AMANI dekat bandar seri permaisuri cheras heeheheh.Harga murah hanya RM2 jer saiz cup pun besar. ada sekali tu aku cuba beli dan cakap tak nak gula korang tau apa kakak tu cakap, "kami memang tak campur gula" perhhhh!!! takkan kut tapi rasa air tue memang sedap dia guna apa yerkk.. apa-apa pun korang kena cuba.


memang puas la minum nya hehee selamat mencuba

Penang Char Kway Teow

Malam minggu hari tu aku bosan asyik masak kat rumah jer tambah-tambah apa segala kat rumah tue aku dah basuh,cuci, kemas,lap,mop segalanya, maklum la aku dah nak bercuti panjang balik ipoh dan balik Raya Haji kat Sarawak jadi malas nak kotorkan balik, aku pergi la jalan-jalan malam tu area cheras taman ikan emas lebih tepat kedai char kway teow nie bersebelahan bangunan umno taman tenaga cheras, lokasi dia tersorok sikit, land mark dia belakang STESEN MINYAK PETRONAS taman tenaga agak tersorok sikit, watu operasi malam sahaja, menu dia dua jer Nasi Lemak & Char Kway Teow, lain-lain ada OTAK-OTAK dan SATEY.Harga saiz biasa RM4 kalo besar RM5. nie pun korang kena cuba.


nie la rupa nya..yummm

DIY Automotif Silicone Mounting.!!

Korang  yang pakai toyota mesti tahukan berapa harga mounting engine yang original. Harga nak nagis jer.. Aku ada satu penyelesaian hehee..sebenarnya aku dah buat lama dah untuk kereta aku yang satu lagi, cuma kali nie aku nk buat untuk kereta aku yang baru nie     (kereta seconhand jer)..yang aku maksudkan nie kite D.I.Y kan mounting tu sumbat automotif silicon bagi dia padat, dan lebih pejal jadi hayat mounting tu dapat dipanjangkan..

Dari sebelum basuh dan selepas aku masukkan silicon automotif tu, jangan sumbat padat-padat nti keras sangat terus tak function mounting tu, masuk sedang-sedang jer


Nie aku guna SIKAFLEX -255 extra untuk cermin depan punya seal, brand nie memang puas hati harga pun mahal sikit dari jenis lain aku beli dalam RM28/pcs satu dah cukup untuk 4 ketoi maunting tu.nak pakai jenis lain pun buleh jer,tapi pastikan yang tahan panas, takut silicon tu cair sebab area kawasan enjin (engine bay) panas heehee.


Mula-mula aku beli mounting original tapi secondhand jer dari sahabat runner barang/alat ganti toyota area KL nie, murah dapat 4 biji dalam RM150 jer.


Langkah pertama korang kena cuci dengan sabun dulu bagi bersih dari minyak yang melekat sebab nanti nak press silicon tu takut tak lekat.Lepas basuh keringkan betul-betul. Ketiga dah beli automotif silicone kat kedai alat ganti kereta harga dalam RM20.+ macam tu la ikut kedai ada murah ada mahal..lepas tue jangan lupa beli sekali device untuk push silicone tu. ada jual kat kedai hardware harga dalam RM10,+ macam tu jugak.Keempat ambil mounting tu korang lapik sebelah satu lagi tue dengan pelastik, lepas tu push silicone tu sikit-sikit biar dia kering ikut peringkat, masukkan silicone tue sampai penuh dan kemas,lepas tue biar dia kering dalam 2-3 hari lepas tu siap boleh pasang dah.Selamat mencuba, dan selamat berjimat cermat. "Peringatan sekali lagi jangan sumbat padat-padat sebab fungsi mounting nie untuk menyerap gegaran dari enjin kalo dah keras sangat lain jadinya takut bergegar pulak kereta korang tu kalo nak racing tak per la heehehe"

Water Purifier PANASONIC TK-CS10

Waktu aku tengah sibuk survey washing maching aku terpandang dan terpikir penapis air, dalam fikiran aku bagus jugak benda nie maklum lah sekarang nie kite tak boleh yakin sangat dengan air bersih yang keluar dari paip kite tambah-tambah aku yang duduk flat ni, bukan kite tahu tangki takungan tue macam mana keadaan dia.


Water Purifier PANASONIC TK-CS10, nie rupa dia, set dalam kotak semua ada hanya D.I.Y jer senang pasang dia ada bagi manual sekali

Benda nie memang aku dah rancang nak beli dari dulu tpi harga agak mahal dan aku asyik berkira-kira nak beli yang macam mana jadi dalam masa aku mencari mesin basuh tue aku merisik la sekali penapis air nie.. aku buat keputusan untuk ambil jenis panasonic sebab harga tak mahal, senang dapat spare part, filter dia tahan lama dan ada dijual dimana-mana,senang pasang tak menggunakan eletrik, jujur aku memang tak mampu nak pakai jenis yang mahal macam COWAY yang berharga beribu tue sama la panasonic pun ada jugak yang mahal air boleh terus minum tak payah masak, yang macam aku nie untuk keselamatan kena masak la jugak tapi dia dah tapis 3 benda , Red Rust, Molds,Sediment (coloring,odors,taste). korang boleh tengok lebih lanjut kat web dia nih http://www.panasonic.com/my/consumer/kitchen-appliances/water-filtration/water-purifier/tk-cs10.html


Washing Machine LG WF-SP80S (8KG)

Macam entry  aku sebelum nie berkenaan mencari mesin basuh baru, aku dah buat keputusan dengan mengambil kira dari segi harga,kapasiti,penjimatan tenaga dan saiz mesin tu sendiri. Aku beli dekat kedai eletrik TBC harga memang murah berbanding kedai lain terutamanya seng heng dan courts haaha. Jenis TOP Load,saiz badan tak besar memang dalam pengiraan luas kawasan mendobi rumah flat kecil aku tu 540x540x910mm(saiz mesin tu),dalam kata mudah tak lebih dari 2' kaki lebar dan 2' kaki panjang heheee..

Dari segi teknologi tak la ketinggalan zaman sangat Stainless steel tub,tempered glass,smart filter,air dry/tub dry,turbodrum washing. rupa dia pun menarik jugak walau aku tertarik dengan model samsung tpi sayang saiz badan tak mengizinkan untuk ruang dobi rumah aku. 

Nie la rupa mesin basuh baru aku tu.

Ramai orang kata kenapa tak ambil terus 10KG hehee nie penjelasan aku, mula-mula memang aku nak ambil 10KG tapi setelah fikir panjang aku batalkan hasrat tu, kenapa sebab ahli keluarga aku baru 2 dewasa 1 kanak-kanak 1 bayi jadi baju pun memang tak banyak dan saiz pun tak la besar kalo baju bayi kan, anak-anak akan membesar dalam tempoh 5 tahun jadi sesuai lah dengan warantty bagi mesin tu hanya 5 tahun jaminan, lepas tu kalo rosak baru beli lain dan tambah kapasiti sama ada 10KG ker, lagi pun nanti dalam tempoh 5 tahun mesti akan lahir teknologi lagi canggih kira kite tak ketinggalan zaman sangat lah nti haahaa. lagi pun kalo lagi besar muatannya (KG) lagi la mahal dah la sekarang nie pun rasa nak pengsan jer bayar hari tu nasib ada ibunda dan isteri tersayang bagi sikit duit untuk hantaran mesin tu dengan GST yang memang jahat asyik ikut jer rakyat mahraien macam aku niehhh dengan nilai duit jatuh teruk huuhuu, mana tahu 5 tahun lagi GST dah tak der, ekonomi negara nie dah macam jepun masa tu mesti murah jadi beli la berapa KG pun haahaa. aku pulak dengar-dengar nanti semua harga mesin akan naik 20% dalam masa terdekat ishh apa la nk jadi dengan negara aku nihh.


Nie mesin lama aku, dari segi rupa paras 6/10 

Tengok rupa memang cantik lagi tpi yang rosaknya motor dan bearing kemungkinan jugak dia punya penggantung tub tue dah rosak jadi pusing gelong semacam, ikutkan boleh jer panggil orang baiki, tpi tak per la kite pun ahli keluarga dah bertambah jadi tukar lain ambil yang KG nya lebih sikit, mesin nie kite bagi pencen wajib heehee













Aktiviti Musim Jerebu

Jeng-jeng apa lagi bila aktiviti luar terhad dalam keadaan cuaca jerebu ini, aku singgah kedai D.I.Y beli kain mop baru heehe untuk apakah ia..


Beli kat D.I.Y RM9.00 heeheee


mesti la sesi mengeluarkan peluh dalam rumah, sebab mula minggu depan aku dah sibuk untuk balik RAYA HAJI di Sarawak yehhhh.. jadi minggu nie kena pulun habis-habisan mop,sental tandas,cuci kipas, dan banyak la heehee..aku mendoakan cuaca jerebu ini cepat berasur pulih sebab takut jugak dah la nanti aku nak naik flight, takut tertunda jadual penerbangan huuhuhuu..

JEREBU

Nampaknya keadaan jerebu di bandaraya kuala lumpur semakin serius, aku mendoakan agar cuaca jerebu ini beransur pulih secepat yang boleh,Aminn

korang tengok gambar tu aku ambil dari rumah atas angin aku heehe

Bila dah jerebu nie korang kena faham, kena kurangkan aktiviti luar, banyakkan minum air masak, menggunakan mask/topeng muka kalo nak keluar rumah..
Macam aku, mata nie memang sensetif tak boleh terdedah kepada habuk yang lama sebab nti mesti naik ketuit haahaa, buat masa nie pun dah naik tapi aku cepat atasi sebelum dia betul-betul timbul sebab aku dah biasa kena jadi tahu kalo dia nak jadi tu antaranya mata mula berair,mata pedih tetiba, tu tanda utama, 
jadi ada kesempatan aku singgah farmasi berdekatan jap beli 10 keping mask nie harga satu RM0.30 ada yang branded 3M harga seketoi RM7.50 haahaa.. aku beli yang murah jer.


Bagi aku masa nie memang aku akan selalu basuh muka, lepas tu tenyeh bawang putih dibelah dua pedih tahan jer lepas tu kena minum air lebih dari biasa, setakat nie yang aku amal tu allhamdullilah sembuh dengan izin Allah. 
( tenyeh bawang putih tue jangan tenyeh saja selawat mintak kat Allah agar disembuhkan )

YONGNUO-YN560

Ok sekarang aku ada ahli keluarga baru dalam dunia photoghrapher aku. Welcome to my family YONGNUO YN560 Flash Speedlite, aku beli dekat dalam group fb "DSLR SHOP 1 MALAYSIA" harga sangat berpatutan sebab flash nie aku nak buat backup untuk kerja aku senang kalo ada flash lebih dari dua nie, condition sangat memuaskan hati sehingga membuatkan sahabat aku mencemburuinya 9.5/10 set lengkap walaupun secondhand.


korang nilaikan sendiri memang puas hati.


Satu aku nak kongsi ilmu jurugambar tak seberapa macam aku nie, adalah satu kelebihan untuk korang ada flash/speedlite lebih dari satu, memory kad yang lebih, jenama tak kisah ikut kemampuan korang yang penting seni korang tu. bukan peralatan berjenama atau yang mahal.

Lepas tu tips nk beli apa-apa secara online nie korang kena hati-hati sekarang banyak dengar macam-macam scam kan, kalo aku memang buat perbandingan dulu, lepas tu kalo nilai bawah dari RM100 aku berani untuk diposkan tapi kalo lebih dari tu aku memang akan COD dengan penjual tu, tpi melainkan penjual tu memang dipercayai ramai boleh la kalo nk pos. sekian heehee

Washing Mechine Rosak

Ok seperti tajuk utama mesin basuh rumah aku dah rosak hurmm..
Jadi kena cari pengganti sebelum wife dan anak-anak aku balik habis berpantang tak lama lagi, sebab nanti mesti masa amat terhad dan nak buat survey agak terbatas. Jadi minggu nie kena cari jugak
antara ciri-ciri yang dalam fikiran aku ;

TOP LOADER 

1-Kapasiti 8-10 KG
2-Harga RM800-RM1300
3-Saiz mesin tu sendiri, sebab ruang dobi rumah aku memang kecil
4-Teknologi mesin / jimat air/ jimat eletrik/ air dry/hygienic/anti kuman dan lain-lain
5-Warantty(jaminan) dari pengilang dan penjual
6-Rekabentuk (menarik)

Dalam pertimbangan aku.
1-LG
2-PANASONIC
3-SAMSUNG

Yang lain-lain tu bukan tak termasuk tapi hantarannya sangat mahal tak ada dalam bajet aku.

Yang sekarang pakai dah sangat uzur dari 2008-2015 (7 tahun) dah berkhidmat dengan aku dari sebelum aku kahwin lagi perhhhh, memang patut pencen dah. Aku pakai jenama PANASONIC 5.2 KG tapi basuh macam 10 KG haahaaa.. 

Floding Bike atau Mountain Bike..!!

Floding bike atau Mountain bike, aku sebenarnya memang dari dulu minat aktiviti luar nie, Cuma sekarang bila dah berkeluarga kurang la untuk aktiviti luar tapi masih simpan minat untuk berbasikal. Aku tak tau nak pilih yang mana sesuai sama ada basikal lipat atau basikal bukit heehee. Aku kena pilih yang sesuai untuk semua ciri : mudah simpan,ringan,penjagaan yang minimum,tahan lasak, sesuai dalam berbagai kegunaan, harga yang berpatutan/mampu milik kalo untuk sekadar hobi hujung minggu.


http://www.ternbicycles.com

http://www.lerun.com.my/
http://www.marinbikes.com/ww

Antara yang menarik minat aku :


Tern memang aku berkenan sangat sangat praktikal untuk dalam pekan tpi harga pengsan 




Lerun aku pernah pakai memang tahan basikal buatan malaysia nie, harga pun hampir pengsan jugak tpi tak memenuhi ciri yang aku nak susah nak simpan dah la aku duduk flat jer rumah kecik huuh.


MARIN jenama luar negara harga lebih kurang macam Lerun jugak, bentuk menarik tapi sama jugak susah nak sorok heehe..

gambar basikal semua tu aku ambil dari laman web mereka sendiri.

Sebenarnya banyak lagi jenama basikal nie kat pasaran malaysia. Jenama lain-lain tu HANTARAN dia memang keras la. antaranya GIANT,POLYGON,SPECIALIZED,SCOTT, dan lain-lain..
Sekarang nie KEDAI BASIKAL RODALINK ( http://store.rodalink.com.my/ ) tengah buat promotion korang boleh beli on9 atau pergi terus ke cawangan dia.



Glider Board / Buggy Board..!!

Ramai sekarang nie mencari-cari device buggy/glider board untuk stroller anak korang, sama macam aku anak dah masuk dua nak beli stroller twin memang tak mampu lagi satu kereta kecik mana nak muatnya kan, jadi penyelesaian masalahnya kena cari glider/buggy board nie la, benda alah nie tak banyak jenama yang keluarkan atau aku yang tak tahu heehee, tapi dari yang aku buat research ada dua brand yang ada kat pasaran Malaysia nie
1-  BABY JOGGER ( http://www.babyjogger.com/ )
Dua-dua jenama nie banyak jual kat pasaran Malaysia, harga dia dalam lingkungan RM2++ hingga RM3++ pengsan kejap, tapi dari segi praktikal berbaloi dari korang nk beli lagi satu stroller atau tukar twin stroller malah lebih jimat ruang penyimpanan.

'
nie aku survey dekat SOGO tengok harga promo tue pun macam nak pengsan jap, jenis nie tak sesuai untuk anak aku punya Stroller Maclaren Techno XT, sebab Maclaren tak ada shaft yang menghubungkan antara roda kiri dan kanan macam dalam gambar tu.



Kalo Maclaren Techno XT yang nie memang sesuai lagi pun dia UNIVERSAL boleh jugak pakai dekat Maxi Cosi. senang korang boleh search kat laman web dia yang aku bagi link kat atas tu siap ada video cara nak guna dan pemilihan yang sesuai dengan stroller korang.

Aku buat carian kat internet dekat LAZADA.com.my ada  jual harga lebih murah sikit dari BABY JOGGER dalam RM225 promo kt lazada tu..











Kopi 434 Muar..!!

Kopi 434 dari muar Johor, aku dah cuba rasa kopi nie rasa dia lain sikit dari kopi yang banyak kat pasaran tu, rasa dia keras sikit kepada yang perut tak tahan tu tak digalakkan. Aku dapat rasa pun sebab ada staf kat opis nie orang muar johor, jadi memang family dia minum kopi nie, jangan terkejut rasanya kopi nie pun kegemaran EX-TPM kite Tan Sri Muhyiddin Yassin, macam mana aku tahu sebab kawan aku bagi tahu, sebab dia staf kat JPM dia pernah terdengar SU JPM tanya SU Tan Sri nak minum apa/jenis apa bagai macam tu la.

Korang leh try, tapi tak tau la kat mna ada jual, kalo aku nak boleh oder kt staf aku nie jer heehee harga dalam RM5+ macam tu la dah siap dalam uncang kecik korang masuk dalam gelas bubuh air panas masuk gula secukup rasa siap diminum.


nie rupa paket dia


Tapi kalo korang pergi ker Sarawak terutama nya daerah LUNDU korang kena beli kopi dari sana cuba try memang kopi asli rasa dia. Dia kisar depan korang harga pun pengsan sekejap heehe.