TuliS Ikut SUKA Hati

Nuff!

DIY Automotif Silicone Mounting.!!

Korang  yang pakai toyota mesti tahukan berapa harga mounting engine yang original. Harga nak nagis jer.. Aku ada satu penyelesaian hehee..sebenarnya aku dah buat lama dah untuk kereta aku yang satu lagi, cuma kali nie aku nk buat untuk kereta aku yang baru nie     (kereta seconhand jer)..yang aku maksudkan nie kite D.I.Y kan mounting tu sumbat automotif silicon bagi dia padat, dan lebih pejal jadi hayat mounting tu dapat dipanjangkan..

Dari sebelum basuh dan selepas aku masukkan silicon automotif tu, jangan sumbat padat-padat nti keras sangat terus tak function mounting tu, masuk sedang-sedang jer


Nie aku guna SIKAFLEX -255 extra untuk cermin depan punya seal, brand nie memang puas hati harga pun mahal sikit dari jenis lain aku beli dalam RM28/pcs satu dah cukup untuk 4 ketoi maunting tu.nak pakai jenis lain pun buleh jer,tapi pastikan yang tahan panas, takut silicon tu cair sebab area kawasan enjin (engine bay) panas heehee.


Mula-mula aku beli mounting original tapi secondhand jer dari sahabat runner barang/alat ganti toyota area KL nie, murah dapat 4 biji dalam RM150 jer.


Langkah pertama korang kena cuci dengan sabun dulu bagi bersih dari minyak yang melekat sebab nanti nak press silicon tu takut tak lekat.Lepas basuh keringkan betul-betul. Ketiga dah beli automotif silicone kat kedai alat ganti kereta harga dalam RM20.+ macam tu la ikut kedai ada murah ada mahal..lepas tue jangan lupa beli sekali device untuk push silicone tu. ada jual kat kedai hardware harga dalam RM10,+ macam tu jugak.Keempat ambil mounting tu korang lapik sebelah satu lagi tue dengan pelastik, lepas tu push silicone tu sikit-sikit biar dia kering ikut peringkat, masukkan silicone tue sampai penuh dan kemas,lepas tue biar dia kering dalam 2-3 hari lepas tu siap boleh pasang dah.Selamat mencuba, dan selamat berjimat cermat. "Peringatan sekali lagi jangan sumbat padat-padat sebab fungsi mounting nie untuk menyerap gegaran dari enjin kalo dah keras sangat lain jadinya takut bergegar pulak kereta korang tu kalo nak racing tak per la heehehe"

No comments: