Jalan-Jalan Cari Makan "WAN MEE KARI"

Dah sementelah aku ada di ipoh nie, macam biasa aku suka ronda-ronda ngan mak ayah aku yang dah pencen tu pergi makan dimana sahaja dirasakan hati ini hehee..

kali nie aku pergi makan di warung/gerai/restoran WAN MEE KARI, kat kedai nie bukan sahaja ada pelbagai menu mee,bihun,kuey teow, tapi ada menu western,roti bakar,kuih muih,satey, korang bayangkan la menu-menu tu waktu pagi perhhh memang membuka selera. kedai nie konsep macam restoran china, tuan rumah hanya ambil pesanan MEE,BIHUN,KUEY TEOW dan AIR, yang lain tue semua stall kecil-kecil kalo kite nak kite kena pergi oder lepas tue hidangan sampai terus bayar ermm, 

nie antara yang aku sempat snap heehhe.

Secara keseluruhan memang sedap semua menu tue kenapa sebab aku yang tukang rasanya heehehe, mak aku paling suka KUIH TEPUNG TALAM memang osem rasa dia asli,lemak cukup. kalo korang oder meat ball pun sedap Home Made la katakan, kedai nie memang akan penuh dengan orang jadi korang nk datang kena awal, nak pergi kedai nie landmark dia berhampiran dengan KELINIK KESIHATAN JELAPANG/SILIBIN tepi jalan jer bawah pokok besar.kalo korang tengok ramai orang tu, kedai dia la tu heehe.

No comments: