TuliS Ikut SUKA Hati

Nuff!

Washing Machine LG WF-SP80S (8KG)

Macam entry  aku sebelum nie berkenaan mencari mesin basuh baru, aku dah buat keputusan dengan mengambil kira dari segi harga,kapasiti,penjimatan tenaga dan saiz mesin tu sendiri. Aku beli dekat kedai eletrik TBC harga memang murah berbanding kedai lain terutamanya seng heng dan courts haaha. Jenis TOP Load,saiz badan tak besar memang dalam pengiraan luas kawasan mendobi rumah flat kecil aku tu 540x540x910mm(saiz mesin tu),dalam kata mudah tak lebih dari 2' kaki lebar dan 2' kaki panjang heheee..

Dari segi teknologi tak la ketinggalan zaman sangat Stainless steel tub,tempered glass,smart filter,air dry/tub dry,turbodrum washing. rupa dia pun menarik jugak walau aku tertarik dengan model samsung tpi sayang saiz badan tak mengizinkan untuk ruang dobi rumah aku. 

Nie la rupa mesin basuh baru aku tu.

Ramai orang kata kenapa tak ambil terus 10KG hehee nie penjelasan aku, mula-mula memang aku nak ambil 10KG tapi setelah fikir panjang aku batalkan hasrat tu, kenapa sebab ahli keluarga aku baru 2 dewasa 1 kanak-kanak 1 bayi jadi baju pun memang tak banyak dan saiz pun tak la besar kalo baju bayi kan, anak-anak akan membesar dalam tempoh 5 tahun jadi sesuai lah dengan warantty bagi mesin tu hanya 5 tahun jaminan, lepas tu kalo rosak baru beli lain dan tambah kapasiti sama ada 10KG ker, lagi pun nanti dalam tempoh 5 tahun mesti akan lahir teknologi lagi canggih kira kite tak ketinggalan zaman sangat lah nti haahaa. lagi pun kalo lagi besar muatannya (KG) lagi la mahal dah la sekarang nie pun rasa nak pengsan jer bayar hari tu nasib ada ibunda dan isteri tersayang bagi sikit duit untuk hantaran mesin tu dengan GST yang memang jahat asyik ikut jer rakyat mahraien macam aku niehhh dengan nilai duit jatuh teruk huuhuu, mana tahu 5 tahun lagi GST dah tak der, ekonomi negara nie dah macam jepun masa tu mesti murah jadi beli la berapa KG pun haahaa. aku pulak dengar-dengar nanti semua harga mesin akan naik 20% dalam masa terdekat ishh apa la nk jadi dengan negara aku nihh.


Nie mesin lama aku, dari segi rupa paras 6/10 

Tengok rupa memang cantik lagi tpi yang rosaknya motor dan bearing kemungkinan jugak dia punya penggantung tub tue dah rosak jadi pusing gelong semacam, ikutkan boleh jer panggil orang baiki, tpi tak per la kite pun ahli keluarga dah bertambah jadi tukar lain ambil yang KG nya lebih sikit, mesin nie kite bagi pencen wajib heehee













13 comments:

DYatie ABakar said...

Untung la ada bonda ada isteri. #Ehhhh. Haha.

Sian mesin lama.. banyak jasa dia cuci barang kita..

sofea pera said...

Lg tahan lama ke?

Mohd Fadhlil said...

Barangan elektrik nie bg sy susah nk ckp yang mana lebih tahan, semuanya berbalik pada cara penggunaan kita jugak, kalo kita guna ikut manual yg disarankan, insyallah tahan lama barang tu sentiasa melakukan penyelenggaraan, mana-mana pun sama cuma kalo boleh biar yg ada jaminan produk yg lebih lama.

zurin abdul said...

tengah dok survey nk tukar mesin basuh baru jugak ni..asik berbunyi je mesin ni..mgkin sbb asik cuci kuantiti yg byk kot..mklum la rumah rmai org..dok baca2 ada jugak rekemen LG dgn beko sesuai untuk saiz besar..harga pon lbih kurang je tgok kalau yg canggih tu..dah alang2 tukar baik ambik yg elok trus.

sofea pera said...

Lg selalu dgr org bli,tp kualiti tak pasti..beko jrg dgr review dia kan..sma la tgh tgk2 jgk ni nk bli tuk msok rumah bru,kalau bole nk tgk la yg bgus2 n hrap than lama..

Mohd Fadhlil said...

ok kalo bg sy keluarga masih lg dalam lingkungan 2 dewasa 2 kanak-kanak(tadika,belum bersekolah betul)adalah cukup utk sekadar 7-9 KG punya saiz mesin basuh, tpi kalo bilangan keluarga lingkungan 5 orang keatas dan anak2 diusia sek rendah & menengah lebih baik ambil terus yg saiz lebih besar 10-12 KG walau kos mesin agak mahal, tpi percayalah kite akan terasa
jimatnya dikemudian hari. tambah sekarang ini mesin basuh pun sudah mempunyai "Teknologi Inverter" jimat eletrik.
LG teknologi dia agak slow sebab dia akan guna sistem/teknologi tu semaksimum yg boleh berbanding samsung yg sangat cepat berubah, dia ibarat macam TOYOTA dan HONDA la, Toyota baru keluar vios dgn gearbox cvt, honda dah keluar city hibrid heehee.
BEKO nie pulak kalo tengok wikipedia asal dari TURKEY memang menghasilkan barang perkakasan rumah,lg pun jenama ini baru di Malaysia jadi tak berani nk cakap dari segi ketahanan dia.

Mohd Fadhlil said...
This comment has been removed by the author.
KST said...

Beko ni mmg asal dari Turkey, tapi dgr kata brand ni popular dlm Europe country.
Dah survey beberape website nampak Beko ni ialah leading brand dlm UK jugak.

Anonymous said...

@setuju dgn tuan post (mohd fadhil) LG ni kita byk dgr sbb dh lama brand ni kt mlysia,dan lgpun diorg upgrade brg diorg bg lbih cggih nk brsaing dgn jnama lain..Beko ni pulak bru je dikenalkan kt mlysia..sbb tu rmai yg jrg guna..cma dgr kelebihan dia guna tknologi moden sbb standard luar negara punya brg kn..mn2 plihan trltak pd kesesuaian pngguna

Anonymous said...

@KST Beko lebih terkenal kt negara luar.mgkin sbb kena dgn citarasa diorg.kt malaysia agak suram ckit brand ni.

Aesha Liza said...

jnama beko ni semakin famous skrg kt malaysia dah , klaw ko tanya dgn i masa aq beli pon ada byk org guna tapi tak buat byk iklan kot sbb tu ada org tak tau n tak famous sgt tapi apa yg aq tau based on i punya pengalaman guna jenama beko selama 1 tahun ni, kualiti bagi jnama ni elok lar even aq tak jaga baik2 dgn guna ari2 ,lagi pon kowang takyah risau lar sgt sbb downg ada bagi jaminan utk jnama ni 12 thn.

Mohd Fadhlil said...

yup mmg utk mesin basuh sy tu sy guna hari2..
berkenaan jenama BEKO nie mmg sy dh dengar dan lihat barang tu sendiri, tapi kalo dia boleh beri jaminan sehingga 12thn bagus, tpi kena tahu jugak apa yg termasuk dalam jaminan 12thn tu, biasany MOTO/drive mesin 10-12thn, bord/penel bahgian atas 1 or 2 thn dan part2 wase n tear cth : bearing,mounting,seal, kebanyakkan yg biasa rosak bord dan drive bearing harga pun keras jugak kalo nk kena ganti + upah.
LG nie ada satu part/bahgian mmg kena check dlm 6 bulan sekali sebab pernah jadi kt rumah mak ayah sy,nk ganti part tu senang jer tpi nk tunggu oder ny lama jugak hehehe. nti sy update post akan datang.

zurin abdul said...

btul la tuh,byk aspek nk kna tgok bila mlbatkan duit nih..hihi..yg pnting kna dgn bajet la dan pyh rosakk..tq admin bg pendapat..