Washing Mechine Rosak

Ok seperti tajuk utama mesin basuh rumah aku dah rosak hurmm..
Jadi kena cari pengganti sebelum wife dan anak-anak aku balik habis berpantang tak lama lagi, sebab nanti mesti masa amat terhad dan nak buat survey agak terbatas. Jadi minggu nie kena cari jugak
antara ciri-ciri yang dalam fikiran aku ;

TOP LOADER 

1-Kapasiti 8-10 KG
2-Harga RM800-RM1300
3-Saiz mesin tu sendiri, sebab ruang dobi rumah aku memang kecil
4-Teknologi mesin / jimat air/ jimat eletrik/ air dry/hygienic/anti kuman dan lain-lain
5-Warantty(jaminan) dari pengilang dan penjual
6-Rekabentuk (menarik)

Dalam pertimbangan aku.
1-LG
2-PANASONIC
3-SAMSUNG

Yang lain-lain tu bukan tak termasuk tapi hantarannya sangat mahal tak ada dalam bajet aku.

Yang sekarang pakai dah sangat uzur dari 2008-2015 (7 tahun) dah berkhidmat dengan aku dari sebelum aku kahwin lagi perhhhh, memang patut pencen dah. Aku pakai jenama PANASONIC 5.2 KG tapi basuh macam 10 KG haahaaa.. 

No comments: